Sensasi Terkini Viral

Kasihan, Anak Gajah Ditemui Mati Di Tepi Jalan Gerik-Jeli

Kasihan, seekor anak gajah dianggarkan berusia 2 tahun yang berlumuran darah ditemui mati di tepi jalan Lebuhraya Gerik- Jeli di Gerik, Perak beremungkinan akibat dilanggar kenderaan.

Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Loo, anak gajah itu dijumpai pada lebih kurang pukul 7 pagi, Jumaat lalu.

“Walaupun kejadian seperti ini jarang terjadi, namun diingatkan agar pengguna jalanraya lebih berhati-hati ketika memandu di lebuhraya ini.”

“Kami telah pun mendirikan papan tanda di sepanjang lebuhraya untuk memberitahu pengguna jalan raya bahawa kawasan berkenaan adalah kawasan lintasan gajah, jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab, terutamanya apabila mereka memandu lewat malam atau awal pagi,” kata Loo.

Beliau turut menggesa pangguna jalanraya jika terlanggar atau terjumpa sebarang kejadian kemalangan melibatkan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir atau harimau bintang, laporkan terus kepada pihak Perhilitan.

Katanya, sekurang-kurangnya sekiranya dilaporkan, pihak Perhilitan boleh menyiasat dan mengkebumikan bangkai dan bukannya membiarkannya reput di tepi jalan raya.

Sumber: The Star, PAlicia Solana Mena/MEME