Luar Negara Terkini

Kantoi Perkosa Kambing, Lelaki Diarak Keliling Kampung

MUNGKIN kerana terlalu ‘sangap’ atau memang sakit mental seorang lelaki dari Ugo, Nigeria sanggup memperkosa seekor kambing yang sedang bunting.

Namun, dia menerima padah apabila perbuatan jijiknya itu diketahui oleh jiran yang bertindak menangkapnya.

Menurut jiran itu, pada mulanya dia terdengar suara pelik dari arah bilik lelaki berkenaan. Curiga dengan bunyi tersebut, dia mengajak rakan-rakannya memecahkan pintu bilik lelaki yang dikenali sebagai Shina Rambo dan mendapati dia sedang memperkosa seekor kambing.

Setelah ditangkap, Shina kemudiannya dipukul dan diarak keliling kampung sambil diperhati penduduk yang ketawa dan mengejeknya sebelum diserahkan kepada polis.

Lebih malang, ibu bapa Shina turut dihalau dari kampung tersebut.

Menurut beberapa orang kampung, ini bukan kali pertama Shina melakukan perbuatan jijik itu terhadap binatang. Malah, dia dan keluarganya pernah dihalau dari kampung lain.

Kasihan kepada kedua ibu bapanya yang tidak bersalah. Dek kerana perbuatan anak, mereka menjadi mangsa. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.