Sensasi Terkini Viral

Kanak-Kanak Trauma Diragut Ketika Temani Ibu Membeli-Belah

Seorang kanak-kanak perempuan mengalami trauma dan kesan merah di leher akibat rantainya diragut oleh seorang wanita di pusat borong GM Klang.

Kejadian yang berlaku pada pukul empat petang itu diceritakan oleh ibu kanak-kanak perempuan tersebut, Aimi Filzah di Facebook.

Ketika sibuk membelek-belek pakaian, tiba-tiba anaknya menangis dan menceritakan apa yang berlaku.

Kemudian Aimi menghampiri wanita berkenaan dan bertanya sama ada dia ada mengambil rantai anaknya atau tidak.

Namun wanita itu menafikannya sebelum dibawa ke belakang kedai untuk diperiksa seluruh badan termasuk beg tangannya. Bagaimanapun, Aimi gagal menemui apa-apa.

Masih tidak berpuas hati, Aimi menggesa kakitangan kedai untuk memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV) namun wanita berkenaan masih menafikannya.

Akhirnya rantai tersebut dijumpai di tempat wanita itu berdiri tadi. Kemudian Aimi mengambil rantai itu dan meminta kakitangan memanggil pengawal keselamatan.

Menurut Aimi lagi, ini bukanlah kali pertama wanita yang berasal dari Sabah itu melakukan jenayah meragut rantai kanak-kanak. Sebelum ini Aimi pernah menemui rakaman CCTV wanita itu melakukan perbuatan yang sama pada tahun lepas.

Difahamkan, Aimi telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian untuk tindakan lanjut. –KLICK.MY