Sensasi Viral

Kanak-Kanak Rusia Ini Dinobat Budak Tercantik Di Dunia

MEMILIKI 523,000 pengikut di akaun media sosial – angka yang melebihi jumlah pengikut ramai selebriti di United Kingdom, seorang kanak-kanak Rusia dinobatkan sebagai budak tercantik di dunia.

Anastasia Knyazeva atau dipanggil Anna yang berusia enam tahun, dikatakan memiliki mata biru yang menawan dan rupa bak Barbie Doll.

Malahan, ada pengikut di Instagram yang melabelkan anak kecil ini seorang yang sempurna selain ada juga yang berani mengajaknya keluar.

Akaun media sosial Anna dikendalikan ibunya yang juga bernama Anna.

Anna diramalkan bakal mengikut jejak langkah model kanak-kanak, Thylane Blondeau yang mendapat perhatian ramai pada 2007 dan ketika itu berusia enam tahun juga.

Thylane Blondeau kanak-kanak termuda tampil di muka depan majalah Vogue France

Blondeau adalah model paling muda yang diketengahkan majalah Vogue edisi Perancis.

Setakat ini Anna telah membintangi banyak iklan jenama besar termasuk jenama Rusia Chobi Kids.

Bagaimanapun, di sebalik menjadi kesukaan ramai masih ada juga yang tidak meminati Anna atas alasan ibu bapanya telah menyolek anak mereka itu berlebih-lebihan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen