Sensasi Terkini Viral

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Tinggal Bersama Monyet

Pernahkah anda membaca kisah dongeng The Jungle Book yang mengisahkan seorang budak lelaki yang ditinggalkan di dalam hutan dan kemudiannya dijaga dan dibela oleh haiwan?

Di India, dalam dunia nyata turut menemui kisah seakan-akan kisah dongeng tersebut cuma bezanya yang ditemui adalah budak perempuan.

Mengikut laporan media di sana, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah ditemui tinggal bersama monyet dan tidak dapat berjalan dan bercakap seperti manusia.

Namun, budak perempuan berkenaan boleh membuat bunyi seperti monyet untuk berkomunikasi dan berjalan dengan tangan dan kaki. Dia ditemui di dalam hutan di Bahraich, utara India.

Orang ramai memanggilnya ‘Gadis Mowgli’ kerana kehidupannya sama seperti kisah dengeng yang terkenal itu. Menurut pihak berkuasa, ketika ditemui, kanak-kanak itu kelihatan selesa bersama sekumpulan haiwan berkenaan.

Mereka juga sedang berusaha mengenal pasti identiti, asal usul kanak-kanak itu dan sudah berapa lama berada di dalam hutan. Gadis Mowgli ditemui oleh Inspektor Suresh Yadav ketika melakukan rondaan.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil selepas dua bulan kemudian dan kini masih di bawah penjagaan pihak kebajikan.

Doktor di hospital masih berusaha mengajarnya memahami bahasa manusia, namun masih belum berjaya. Meskipun sudah diajar berjalan dengan kaki, kanak-kanak itu masih juga berjalan dengan tangan dan kaki.-KLICK.MY

Tag