Luar Negara

Kanak-Kanak Perempuan, 11 Tahun Lahir Anak Abangnya, 14 Tahun

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tidak sedar dirinya mengandung telah melahirkan bayi dipercayai anak abang kandungnya yang berusia 14 tahun.

Dia melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu di Hospital Virgen De La Arrixaca di Murcia, Madrid, Sepanyol selepas mengadu sakit perut kepada ibu bapanya.

Ibu bapanya membawa budak itu ke hospital kerana percaya dia mengalami masalah usus yang serius.

Difahamkan, ujian DNA akan dijalankan untuk mengesahkan identiti bapa bayi terbabit.

Sementara itu, ketua pihak berkuasa kesihatan wilayah, Manuel Villegas menyifatkan kes itu sebagai ‘luar biasa’.

“Kita perlu menunggu sehingga siasatan selesai,” katanya.

Hospital tempat kanak-kanak itu melahirkan bayinya.

Media tempatan melaporkan tiada bukti menunjukkan kedua-dua adik beradik itu tidak pernah melakukan hubungan seks.

Siasatan awal dilakukan untuk mengenal pasti identiti ‘bapa’ bayi terbabit mendapati ia adalah perbuatan abang kandung mangsa.

Sumber rapat kes itu mendedahkan remaja tersebut berusia 13 tahun ketika adik perempuannya hamil dan dia tidak akan berdepan sebarang prosiding jenayah seperti ditetapkan undang-undang Sepanyol kerana masih di bawah umur.

Sumber: Dailymail

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.