Gaya Hidup

Kanak-Kanak Kejang Seluruh Muka Akibat Main Gajet 9 Jam Sehari

PERMAINAN video sememangnya disukai kanak-kanak zaman kini. Malah, mereka sanggup tidak melakukan perkara lain asalkan dapat bermain permainan video.

Kalau dulu, mereka perlu ke café siber untuk bermain permainan video, namun kini dengan kepesatan teknologi, permainan itu boleh didapati di dalam telefon atau gajet.

Namun, sedarkah anda sekiranya anak-anak anda bermain gajet berlebihan boleh mendatangkan bahaya!

Ia bukan omongan kosong tetapi telah terjadi di Filipina apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kejang seluruh muka selepas bermain permainan video selama lebih sembilan jam sehari.

John Nathan Lising dari Philippines mula mengalami kekejangan otot muka yang teruk pada 23 Julai lalu.  Matanya berkedip tak berhenti dan bibirnya seperti bergerak-gerak.

Bapanya Edgar, 41 dan ibunya Judee, 40 menerima laporan doktor selepas imbasan otak dibuat dan mendapati otaknya sihat.

Walaupun tiada bukti kukuh kerosakan muka itu berpunca daripada permainan video melalui telefon pintar dan tablet, tapi doktor memberitahu bahawa gejala-gejala itu seperti penyakit ‘Fokal’ iaitu sejenis keadaan yang mempengaruhi separuh daripada otak.

Namun, ayahnya, Edgar yakin bahawa ketagihan permainan video menyebabkan serangan kejang muka secara tiba-tiba.

“Anak saya sentiasa sihat, dia tak pernah ada masalah sebelum ini. Mereka main tanpa henti pada 23 dan 24 Julai.  Saya yakin penggunaan alat berlebihan itu adalah punca,” katanya.

Selepas seminggu kemudian, John sekali lagi mengalami kejang muka setiap 20 atau 30 minit walaupun sudah berhenti bermain permainan video itu.

Ibu bapanya membawa ke hospital berlainan untuk mendapatkan rawatan kali kedua. Selepas melakukan pemeriksaan elektroencephalogram (EGG), keputusan masih negatif.

“Anak saya mengalami penderitaan dan saya tak tahu nak buat apa sekarang.  Dia akan tengok kartun sebaik saja bangun tidur.

“Kemudian, pada pukul tiga petang selepas pulang dari sekolah sampai tengah malam dia akan main permainan video melalui tablet atau telefon pintar sehingga dia ketagih,” kata ibu kanak-kanak tersebut.

 

Justeru, kepada ibu bapa sentiasa pantau aktiviti anak anda. Jangan biarkan mereka terlalu obsess dengan gajet. Mencegah lebih baik daripada mengubati. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.