Sensasi Terkini Viral

Kanak-Kanak ‘Gigi Arnab’ Selamat Jalani Pembedahan

Seorang kanak-kanak lelaki dari New Zealand menjadi perhatian di daerah Christchurch kerana keunikan yang dimilikinya.

Kanak-kanak bernama Evan Hill dikenali ramai kerana mempunyai gigi kacip atau hadapan seperti gigi arnab.

Ia mungkin normal bagi kanak-kanak mempunyai gigi kacip seperti arnab namun saiz gigi kacip yang dimilik oleh Evan agak besar.

Giginya yang seperti arnab itu telah membuatkan dia digelar sebagai budak arnab. Malah, dia dikenali sebagai maskot daerah Cristcurch di kalangan pengguna media sosial kerana giginya itu.

Kerana masalah gigi kacipnya itu, dia sukar untuk makan. Menurut doktor, gigi Evan disebabkan masalah genetik. Dua batang gigi di bahagian hadapannya terlebih panjang dan besar sehingga mendatangkan masalah buat kanak-kanak ini.

Evan juga tidak dapat menutup mulut sepenuhnya disebabkan saiz giginya. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, ibu bapa Evan memutuskan untuk melakukan pembedahan ke atas anak mereka.

Dengan bantuan orang ramai, kos pembedahan berjaya dikumpulkan. Setelah melakukan pembedahan, akhirnya wajah Evan berubah. Tiada lagi gigi arnab dan kini dia boleh tersenyum lebar.

Namun, tuahnya tidak sampai di situ sahaja apabila dia dilantik menjadi duta gosok gigi kanak-kanak di New Zealand.-KLICK.MY