Sensasi Terkini Viral

Kanak-Kanak Genius, Baru Berusia 14 Tahun Sudah Bergelar Pensyarah

Seorang remaja muslim berusia 14 tahun menjadi kanak-kanak termuda memegang jawatan sebagai pensyarah. Nampak seperti tidak masuk akal tetapi itulah realiti yang dibuktikan oleh Yasha Asli, seorang remaja genius.

Yasha merupakan kanak-kanak terbijak di Britain telah diambil sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester dan ditugaskan untuk mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.

Selain mengajar dan merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut, dia juga menjadi pelajar dan kakitangan termuda yang berkhidmat di universiti itu.

Ketika berusia 13 tahun, dia sudah ditemuduga dan ditawar jawatan tersebut. Malah satu kebenaran khas telah diberikan kepadanya untuk bekerja kerana umurnya yang masih muda.

Menurut Yasha, dia sedang menikmati masa paling seronok dalam hidupnya kerana dapat pergi universiti dan sekali gus membantu pelajar lain.

Yasha kini berada pada tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Dia bersekolah di sekolah rendah di Leicester sebelum mendapat tempat untuk belajar di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik pada umur 12 tahun.

Bapanya, Moussa Asley, 53, membesarkan anaknya sendiri dan dia sangat kagum dengan kebolehan anaknya itu.

Bertuah ibu bapa yang mempunyai anak genius. Kalau di Malaysia, kita juga pernah mempunyai kanak-kanak genius seperti Adi Putra.-KLICK.MY