Luar Negara Sensasi Terkini Video Viral Viral

Budak Hempuk Bayi Yang Ditinggalkan Bersamanya Ke Lantai

Video seorang kanak-kanak di Thailand mengangkat dan menghempuk seorang bayi ini sememangnya membuatkan sesiapa pun tidak sanggup untuk menonton sehingga habis.

Video yang ditonton lebih 3 juta kali itu menunjukkan dua bayi yang sedang baring ditinggalkan bersama seorang kanak-kanak berusia anggaran dalam 2 tahun lebih di dalam sebuah bilik.

Kanak-kanak itu mengangkat dan mendukung salah seorang bayi dan akibat gagal mengimbangkan badan, dia terjatuh bersama bayi itu.

Selepas itu dia sekali lagi mengangkat, memeluk dan kemudian menghempuk bayi ke lantai sebelum seorang wanita dewasa meluru masuk dan menjerit lalu mengangkat bayi yang sedang menangis itu.

Video berkenaan berdurasi 48 saat sahaja, jadi bayangkan dalam tempoh sesingkat itu bagaimana nyawa bayi boleh terancam.

Pesanan buat penjaga bayi tidak kira ibu bapa mahupun pengasuh, jangan sekali-kali meninggalkan bayi sendirian mahupun bersama kanak-kanak lain yang masih kecil.

Kanak-kanak belum faham erti sakit atau tangisan bayi, apa yang mereka tahu hanyalah bermain dan berseronok. –KLICK.MY

Tag