Jenayah Semasa

Kanak-Kanak Diabai, Makan Najis Di Nurseri

Beberapa keping gambar yang tersebar, memaparkan kes pengabaian kanak-kanak di sebuah pusat penjagaan telah mencetuskan kemarahan netizen Singapura.

Menerusi gambar yang dikirim orang awam kepada laman web Stomp, kanak-kanak di premis terbabit kelihatan dilayan dengan buruk termasuk dibiarkan makan najis sendiri.

Gambar-gambar berkenaan dipercayai mula disebarkan menerusi aplikasi WeChat sejak 14 Februari.

Antara gambar yang didakwa diambil di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di River Valley itu menunjukkan  seorang kanak-kanak dalam keadaan cuma berbaju dan berselupat dengan najis di punggungnya.

Penyebar gambar ini dikatakan mendakwa, kanak-kanak malang terbabit turut mengambil najis pada punggung lalu memakannya.

Terdapat juga gambar memaparkan kanak-kanak dibiarkan berbaring di atas lantai beramai-ramai tanpa sebarang alas mahupun bantal, selain buah buahan yang sudah busuk di dapur, dikatakan untuk diberi kepada kanak-kanak untuk dimakan.

Susu tepung yang diamanahkan ibu bapa untuk diberi kepada anak mereka pula, didakwa dicurah ke dalam tong sampah.

Difahamkan, kes ini sudahpun dilaporkan ke pengetahuan pihak berkuasa Singapura dan siasatan kini sedang dijalankan.

Dalam ada itu menerusi ruangan komen, rata-rata menyatakan perasaan terkejut apabila mengetahui kes serupa ini berlaku di Singapura kerana selama ini mereka yakin ianya hanya berlaku di Malaysia dan negara jiran Singapura yang lain sahaja. – KLICK.MY