Sensasi Terkini Viral

Budak Melayu Bermata Biru Di Sabah Curi Tumpuan

Kalau di negara ‘mat saleh’ atau barat, orang mata berwarna ini tidak menjadi sesuatu yang pelik kerana ia sudah lumrah.

Namun kalau di Asia Tenggara tiba-tiba mempunyai mata berwarna, ia akan menjadi tumpuan dan dianggap pelik.

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di Sabah. Sekali pandang, pasti menyangka dia memakai kanta lekap berwarna.

Hakikatnya, itulah warna asli matanya tanpa perlu memakai kanta lekap.

Kamarul bersama abangnya.

Unik bukan? Kanak-kanak lelaki bernama Kamarul Hisham Mustafa, 9, ini mempunyai sepasang mata berwarna biru laut yang memukau.

Warna mata tersebut menjadi semakin terserlah sementelah Kamarul berkulit sawo matang dan berambut hitam.

Keunikan yang ada pada dirinya tidak menghalang dia bergaul dengan kanak-kanak lain. Mungkin bagi yang baru bertemu dengannya berasa sedikit kehairanan dan teruja.

Malah, ada pengunjung yang mahu bergambar dengannya disebabkan matanya berwarna biru.

Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu memberitahu, keistimewaan yang dimiliki tersebut diwarisi daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah Melayu Brunei dan Pakistan.

Kakaknya turut mempunyai mata berwarna biru.

Kata Kamarul, ibunya memiliki warna mata biru pada sebelah kanan dan hitam pada bahagian kiri. Kakak sulungnya juga memiliki keistimewaan tersebut, manakala ayah dan abangnya bermata hitam. –KLICK.MY

Sumber: Kosmo Online / Berita Harian /Utusan Malaysia