Jenayah Semasa Viral

Kanak-Kanak 22 Bulan Baru Pandai Jalan Dirogol Jiran 45 Tahun

Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan yang baru pandai berjalan dirogol oleh jirannya berusia 45 tahun tanpa belas kasihan dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan dalaman yang serius.

Ketika kejadian, kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan di timur Delhi itu sedang bermain di luar rumahnya dan jirannya Hare Ram Yadav, 45, seorang tukang jahit membawanya masuk ke rumah lelaki itu.

Mangsa dirogol selama 15 minit sebelum pulang ke rumahnya sendiri dalam keadaan menangis dan berlumuran darah.

Pada masa kejadian, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 20 tahun tidak menyedari kerana berada di dalam rumah sedang memberi makan kepada bayinya yang berusia lapan bulan, sementara bapanya, 28, bekerja di gerai teh.

“Saya peluknya dan Tanya beberapa kali apa yang berlaku, saya kemudian bawa dia ke tandas dan lihat darah tidak berhenti keluar.

“Saya lap darah tapi ia tidak berhenti keluar, saya benar-benar takut dan menjeti meminta tolong sebelum suami saya pulang dan membawa anak kami ke hospital,’’ kata ibunya.

Pada 8 Mei, para doctor membuat keputusan membedah kanak-kanak itu selepas pasti dia dirogol dan mengalami kecederaan dalaman yang parah.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil buat masa ini dan rawatan lanjutan diperlukan bagi memastikan sama ada kecederaan dialaminya kekal atau tidak.

“Yang pasti, kecederaan emosi dalam kes sebegini yang paling sukar ditangani, kami memberi kaunseling kepada keluarga tentang cara menghadapi situasi ini.

Polis Gandhi Nagar menangkap Hare Ram pada hari kejadian dan mendakwanya atas tuduhan merogol dan serangan seksual.

Deputi Komisioner Polis Nupur berkata, tertuduh telah mengaku bersalah atas tuduhan itu dan dihantar ke penjara di Delhi.

Ibu kanak-kanak itu kini takut dengan rekasi jiran-jiran tetangganya, menurutnya beberapa orang memberikan komen negative seolah-oleh mereka yang melakukan jenayah.

Wanita itu berhasrat untuk berpindah daripada kawasan itu demi mengelakkan anaknya diejek atau mengetahui hal yang sebenar.

“Anak saya berubah sikap, dia tidak mahu bermain lagi, dia takut kepada orang tidak dikenalinya, dia juga takut didekati bapanya sendiri,’’ katanya.

Pasangan itu tidak mahu menceritakan hal malang itu kepada anaknya apabila kanak-kanak itu dewasa nanti kerana tidak mahu dia berasa malu atau sedih dengan peristiwa hitam itu. –KLICK.MY

Sumber: Daily Mail