Sensasi Terkini Viral

Kamera Jejak Terakam Gambar Hantu Kanak-Kanak Perempuan

Seorang pemilik tanah di Cambridge, New York telah memasang kamera jejak (trail camera) di dalam hutan berhampiran tanahnya.

Tujuan dia memasang kamera jejak itu kerana mahu berburu dan memeriksa jika kawasan tersebut merupakan laluan popular bagi penduduk tempatan.

Namun apa yang mengejutkan, kamera jejak itu telah menangkap gambar seorang gadis kecil. Lalu dia pun bertanya kepada penduduk sekitar adakah mereka mengenali kanak-kanak perempuan tersebut.

Malangnya, tiada siapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan. Menurut kisah orang dulu-dulu, seorang kanak-kanak perempuan telah terbunuh di landasan keretapi yang melalui kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, pemilik resort di Greenwich tampil mendakwa gambar kanak-kanak perempuan itu adalah cucunya.

Berita tersebut terus tersebar di pelusuk pekan dan ia menakutkan penduduk setempat. Pemilik tanah itu terus berusaha mencari identiti kanak-kanak perempuan tersebut.

Tania Woodward, Presiden Greenwich Paranormal Research Team, memberitahu WTEN mereka telah mengalami banyak aktiviti paranormal di kawasan itu.

Gambar kanak-kanak perempuan tersebut terus menjadi misteri dan ada yang percaya kehidupan selepas kematian.-KLICK.MY

Tag