Sensasi Terkini Viral

Kalah Pertaruhan, Lelaki Ini Diikat Di Tiang Isyarat Jalan Raya

Inilah orang kata tiada kerja cari kerja. Akibat kalah pertaruhan, seorang lelaki di Amerika Syarikat diikat di tiang isyarat jalan raya menggunakan pita pelekat.

Insiden itu mengundang perhatian pengguna jalan raya yang lalu lalang di situ. Malah pihak polis terpaksa dipanggil untuk melihat apa yang berlaku.

Menurut cerita, lelaki berkenaan, Miguel Chavez, 17, diikat pada tiang berkenaan di jalan raya yang sibuk di Houston, Texas, selepas kalah bertaruh untuk satu perlawanan bola keranjang.

Malah akibat perbuatan bodoh rakan-rakannya, telah berlaku salah faham antara polis dengan seorang lelaki yang mahu membebaskan Chavez.

Polis telah tersalah anggap dengan mengancam seorang lelaki dengan pistol kerana menyangkakan lelaki berkenaan yang memegang pisau mahu apa-apakan Chavez.

Inilah orang kata otak letak di kepala lutut. Tak pasal-pasal orang lain yang susah!-KLICK.MY

Tag