Hiburan Terkini

Kakak Aiman Tino, Fara Hezel Akui Bercinta Dengan Erry Putra

KAKAK kepada penyanyi Aiman Tino, Fara Hezel mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Erry Putra.

Mereka berkenalan menerusi Instagram (IG) sejak lima bulan lalu. Menurut Fara, mereka kini dalam proses mengenali hari budi masing-masing.

“Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram.

“Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” kata Fara, seperti dilaporkan mStar Online.

Hubungan mereka turut mendapat restu daripada peminat apabila ada yang memuat naik gambar Fara dan Erry.

Walaubagaimanapun menurut Fara, dia belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

“Saya tak terfikir lagi soal kahwin atau nak bawa hubungan ini ke peringkat yang serius sebab masih baru dan saya pun belum cukup kenal lagi Erry. Begitu juga dengannya.

“Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu,” ujarnya yang berhasrat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan.

Sebelum ini Fara telah menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada tahun lalu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.