Sensasi Terkini Viral

Kahwini Robot Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Perasaan kecewa menyelubungi lelaki yang bernama Zheng Jiajia setelah gagal mencari calon isteri. Dia yang merupakan seorang pencipta robot akhirnya menebus kekecewaan itu apabila berkahwin dengan robot ciptaannya sendiri.

Tindakannya itu menjadi perhatian dunia sehingga tular di laman sosial. Memetik laporan akhbar di sana, lelaki berusia 31 tahun ini bukan calang-calang orang kerana dia seorang pakar kecerdasan buatan (artificial intelligence) di Hangzhou.

Zheng menghasilkan robot wanita tersebut pada tahun lepas. Dia menamakan robot itu dengan nama Yingying. Robot tersebut boleh bertutur beberapa perkataan mudah, namun Zheng mempunyai perancangan untuk menaik taraf keupayaannya agar robot itu boleh berjalan dan melakukan kerja rumah.

Oleh kerana terlalu sukar buatnya untuk mencari calon isteri, Zheng mengambil kata putus untuk mengahwini Yingying.

Media di China melaporkan pasangan itu ‘berkahwin’ dalam satu majlis ringkas namun masih mengikut adat dan tradisi tempatan.Majlis turut dihadiri ibunya dan beberapa rakan yang lain.-KLICK.MY

Tag