Sensasi Terkini Viral

Jutawan, Namun Beyonce Tetap Kunjungi Kedai Harga Patut

SEKIRANYA anda kaya dan ternama, mahukah anda membeli belah di tempat yang tidak setaraf dengan kekayaan yang dimiliki?

Jawapannya mungkin ya, mungkin tidak. Namun bagi penyanyi terkenal dunia, Beyonce memilih ya untuk membeli belah di tempat yang tidak setaraf dengan kekayaan dimilikinya.

Sekaya mana pun seseorang itu, masih tersimpan sedikit cita rasa untuk membeli barang-barang yang diingini dengan harga lebih rendah.

Jadi, Beyonce tidak mempedulikan taraf dengan menjejakkan kaki ke sebuah kedai harga patut yang biasanya dikunjungi rakyat marhaen.

Kunjungannya itu bagaimanapun menjadi bualan di media sosial. Aksinya ketika membeli beberapa jenis barangan dirakam oleh pengunjung yang kebetulan ada di situ.

Sudah pasti mereka terkejut kerana tahu Beyonce mempunyai aset bernilai kira-kira AS$383 juta (RM1.4 bilion) namun memilih untuk membeli belah di pasar raya Target di Los Angeles.

Siapa sangka rupa-rupanya Beyonce juga suka ke pasar raya tersebut yang terkenal dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat kerana tawaran harga yang berpatutan bagi barangan keperluan harian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.