Sensasi Terkini Viral

Jutawan Hina Polis, Bandingkan Harga Kasutnya Dengan Gaji Polis

Tidak bermakna anda seorang jutawan anda boleh menghina orang sesuka hati. Duit dan harta yang banyak pun tidak boleh bawa masuk ke kubur.

Namun keangkuhan seorang pemuda jutawan di Birmingham, United Kingdom, Aleem Iqbal menjadi tular di laman sosial setelah dia bertindak menghina polis yang menahannya.

Dia ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Lamborghini. Ketika itulah dia keluar daripada keretanya dan meninggikan suara ke arah anggota polis.

Dia dengan angkuhnya menyatakan bahawa kasut yang dipakainya lebih mahal daripada gaji anggota polis berkenaan.

Dikhabarkan jutawan muda itu berang kerana ditahan selepas sejam membeli kereta mewah tersebut.
Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya dan orang yang berada berdekatan ketika kejadian tersebut berlaku.

Kemudian video tersebut mula tular di Internet. Pendedahan yang dibuat oleh jutawan muda itu telah menjelaskan apasebenarnya yang berlaku.

Menurutnya dia rimas dan tertekan setelah memperolehi sejumlah wang yang banyak selepas melabur dalam sebuah syarikat dalam talian.

Katanya lagi setelah dia menjadi kaya, semua orang asyik mahu menyusahkannya lebih-lebih lagi selepas membeli kereta mewah tersebut.

Dia akui penat dan tertekan dengan keadaan sedemikian lantas bertindak biadap ke atas polis yang menahannya. Namun, menyedari keceluparan mulutnya, dia memohon maaf kepada anggota polis berkenaan.-KLICK.MY