Sensasi Terkini Viral

Pilot Dirakam Berduaan Dengan Penumpang Wanita Dalam Kokpit

Sebuah klip video menunjukkan seorang penumpang wanita berada di dalam kokpit bersama juruterbang atau pilot menjadi tular dan mendapat kecaman netizen.

Ramai yang mempersoalkan apakah motif dan tujuan wanita tersebut berada di dalam kokpit tersebut. Ruangan peribadi itu bukan sewenang-wenangnya boleh dimasuki oleh penumpang.

Dikhabarkan, wanita itu berada di dalam kokpit tersebut selama dua jam. Kejadian tersebut telah dirakam oleh salah seorang penumpang yang lain.

Kejadian berlaku dalam pesawat Pakistan International Airlines (PIA) ketika penerbangan dari Tokyo ke Beijing, China.

Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang wanita keluar dari kokpit setelah menghabiskan masa berjam-jam di dalamnya bersama pilot.

Menurut sumber berita, Kapten PIA dikenali sebagai Shahzad Aziz telah menjemput penumpang wanita dari China itu ke dalam kokpit.

Wanita itu keluar setelah pesawat mendarat di Beijing.

Setelah keluar, seorang penumpang bertanya apa yag dilakukan oleh wanita tersebut di dalam kokpit.

Terganggu dengan soalan tersebut wanita berkenaan mula tidak selesa dan apabila menyedari aksinya dirakam, dia mula berang,

Wanita itu kemudiannya mengadu kepada kakitangan PIA mengenai rakaman yang dilakukan oleh penumpang berkenaan.

Insiden ini menjadi perdebatan di kalangan netizen. Mereka menyoal bagaimana penumpang boleh dibenarkan berada di dalam kokpit.

PIA menjelaskan mereka akan menyiasat insiden tersebut termasuk tuduhan berlakunya hubungan intim antara pilot dan penumpang wanita tersebut. –KLICK.MY