Luar Negara

Jururawat Lelaki Ditahan Perkosa Pesakit Koma Hingga Beranak

KEADAAN pesakit yang berada dalam keadaan koma diambil kesempatan oleh seorang jururawat lelaki dengan merogolnya di sebuah hospital di Amerika Syarikat.

Jururawat berkenaan kemudiannya ditahan di Arizona atas tuduhan melakukan serangan seks sehingga mangsa melahirkan bayi, ketika dalam keadaan koma jangka panjang.

Bulan lalu, mangsa yang berusia 29 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. DNA bayi itu padan dengan DNA suspek sehingga membawa kepada penahanan terbabit, kata polis.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Nathan Sutherland, 36, berdepan satu tuduhan serangan seks dan satu tuduhan salah laku terhadap individu dewasa yang tidak berdaya, kata Sarjan Tommy Thomson.

“Saya dimaklumkan bayi lelaki ini dalam keadaan baik,” kata Thomson.

Menurut kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kemudahan penjagaan kesihatan itu meletak jawatan, susulan skandal terbabit.

“Bayi ini dilahirkan dalam keluarga penyayang dan akan dijaga dengan baik,” kata peguam keluarga mangsa wanita terbabit. –KLICK.MY