Luar Negara Terkini

Jururawat Beraksi Biadap, Penyek Muka Bayi Baru Lahir

Padah buat tiga orang jururawat di Arab Saudi apabila dipecat setelah merakam video menunjukkan mereka ketawa sambil memenyekkan muka seorang bayi baru dilahirkan yang dirawat kerana jangkitan kuman.

Aksi biadap tersebut itu mendapat kecaman dan video tersebut mula tersebar di media sosial sehingga sampai ke pengetahuan ibu bapa bayi berkenaan.

Video tersebut menunjukkan seorang jururawat dilihat memegang bayi itu pada tengkuk dan lehernya sebelum memicit muka bayi berkenaan manakala rakannya yang sedang merakam didengar ketawa.

Tiga jururawat di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu, kemudian dikenal pasti dan diambil tindakan.

Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata, pihaknya menyiasat sumber video dan mengenal pasti jururawat serta hospital tempat ia berlaku.

Bapa bayi berkenaan memberitahu media tempatan, anaknya dimasukkan ke hospital selama 10 hari untuk rawatan jangkitan kuman pada saluran kencing.

Katanya, dia terkejut melihat video itu dikongsikan meluas di media sosial. Inilah orang kata tiada penyakit cari penyakit. Tak pasal-pasal dibuang kerja. Semoga jururawat di Malaysia tidak melakukan kerja bodoh seperti itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.