Gaya Hidup

Jururawat Bantu Mangsa Kemalangan Dapat Perhatian TMJ

SEORANG jururawat yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja mempamerkan sikap terpuji apabila membantu seorang mangsa kemalangan.

Sikap luhur dan bertanggungjawabnya, mendapat perhatian orang ramai selepas gambarnya ketika sedang menolong mangsa kemalangan tersebut tersebar di media sosial.

Nur Syuhada dari bahagian Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor dalam perjalanan pulang selepas tamat waktu bekerja Ahad lalu segera memberhentikan keretanya dan menghalang kereta lain sebelum membawa mangsa ke tepi jalan.

Malah dia turut menenangkan mangsa kemalangan tersebut.

Tindakan Nur Syuhada itu bukan sahaja dapat perhatian orang ramai tetapi juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tahniah saya ucapkan kepada jururawat Nur Syuhada dari Hospital Sultanah Aminah kerana menunjukkan teladan yang baik.

“Inilah contoh wirawati yang berhati mulia, sentiasa berbakti walaupun di luar waktu kerja mereka,” ujar Tunku Ismail menerusi Facebook rasmi miliknya.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor di laman Facebooknya turut  mengucapkan syabas kepada Nur Syuhada.

“Anda berjaya membuatkan masyarakat Malaysia bangga dan terharu dengan sikap tanggungjawab tidak kira di mana pun berada.

“Anda membantu bukan kerana wang ringgit tetapi anda membantu kerana tanggungjawab sebagai jururawat kerajaan Malaysia.”

Semoga Nur Syuhada menjadi contoh kepada orang ramai dan membuktikan masih ada insan yang berhati mulia sepertinya. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.