Luar Negara

Jurugambar Sempat Rakam Nelayan Hampir Maut ‘Dimamah’ Badak Air

BADAK air antara haiwan liar paling ganas di benua Afrika dan sering direkodkan menyerang manusia.

Baru-baru ini, malang buat seorang nelayan apabila hampir maut ‘dimamah’ badak liar ketika menangkap ikan di Tasik Naivasha, Kenya.

Mathew Wanjiuku berenang di tasik itu untuk menangkap ikan tanpa menyedari kehadiran haiwan liar berkenaan yang tiba-tiba menyerangnya.

Badak itu berjaya memerangkapnya sebelum terus menggigit lengan, bahu serta bahagian badan sebelum dihalau rakannya yang menjerit dan memukul kepingan logam untuk menghalaunya.

Kejadian yang dirakam jurugambar Frederico Genovese, 47, yang kebetulan merakam kehidupan liar di tasik berkenaan dan menunjukkan Wanjiuku terperangkap di bawah selepas cuba melarikan diri daripada haiwan yang menyerang itu sebelum badannya dimamah.

 “Haiwan itu memijaknya dan menggoyangkan kepala dengan ganas, dalam cubaan menghempapnya selain menggigit mangsa.

“Beberapa orang memegang kepingan logam besar yang dipukul rakan mereka menggunakan kayu selama 10 minit untuk menghalau badak berkenaan sebelum ia melarikan diri.

“Ketika itu Wanjiuku segera keluar dari bawah dahan berkenaan dan berenang pantas ke tebing untuk menyelamatkan diri,” kata Genovese.

Wanjiuku tidak mengalami luka serius akibat kejadian itu dan kini pulih sepenuhnya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.