Sensasi Terkini Viral

Penyanyi Dangdut Julia Perez Meninggal Dunia Kerana Kanser Servik

Selepas tiga tahun bertarung dengan kanser servik, penyanyi dangdut Julia Perez akhirnya dijemput Illahi pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Julia atau nama sebenarnya Yulia Rachmawati yang telah meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat pagi ini selepas menjalani rawatan intensif selama lima bulan.

 

Berita sedih ini telah pun disampaikan oleh adik Julia Perez sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tulis adik Jupe:-

“Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas sokongan selama ini. I Love You Yuli.”

Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. –KLICK.MY