Sensasi Terkini Viral

Jijik, Pelanggan Ini Hampir Termakan Burger Ulat!

Seorang pelanggan restoran makanan segera McDonald di Uptown Damansara terkejut dan hampir termuntah apabila burger yang dibeli mengandungi ulat.

 

Namun, dia bernasib baik kerana belum sempat menjamah burger tersebut. Mungkin sukar untuk dipercayai ia berlaku pada restoran segera yang terkenal seperti McDonald.

Gambar yang dimuatnaik di laman sosial menunjukkan ulat berada di dalam burger malah dalam sayur-sayuran, keju, roti dan juga mayonis. Ada netizen mengatakan ulat itu mungkin datang dari mayonis.

Hal ini sudah tentu menimbulkan kemarahan dan tanda tanya orang ramai kerana restoran McDonald terkenal dengan kebersihan dan makanan yang berkualiti.

Jadi, sebelum anda menjamah burger yang menjadi kegemaran ramai itu, silalah periksa dulu inti dalamnya agar tiada ulat. Tak dapat dibayangkan kalau ulat tersebut masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut.

Namun, setakat ini pihak McDonald belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian ini.-KLICK.MY

Sumber: The Coverage