Sensasi Terkini Viral

Jijik, Ibu Keluarkan 27 Serpihan Kuku Dari Gusi Anak

Berhati-hati jika anak anda mempunyai tabiat menggigit kuku yang serius kerana apa yang ditemui oleh wanita ini di dalam gusi anaknya pasti menjijikkan anda!

Sara Guidry, dari Louisiana, Amerika Syarikat menjumpai 27 serpihan kuku di dalam gusi anaknya! Lihat video yang dikongsinya ini.

Pasa asalnya, Sara hairan melihat sesuatu berwarna putih seperti melekat di dalam gusi anaknya lalu cuba menariknya dengan pengepit dan amat mengejutkan apabila satu persatu serpihan kuku berjaya ditarik keluar.

Wanita itu berkongsi video tersebut di Facebook miliknya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan terkini video tular itu sudah ditonton oleh 40 juta penonton.

Dia juga berkata, doktor gigi pun tidak pernah jumpa sesuatu seperti itu.—KLICK.MY