Sensasi Terkini Viral

Jijik, Dapat Ayam Goreng Masih Mentah, Darah Berbuih-Buih

Bayangkan anda sedang kelaparan dan tiba-tiba terhidang pula ayam goreng yang masih panas berasap-asap pasti ia menggiurkan.

Namun, bagi seorang pelanggan makanan segera, kelaparannya terbantut apabila ayam goreng yang dibelinya didapati tidak masak dan masih ada darah yang berbuih-buih.

Nasibnya yang malang itu dikongsi di laman sosial dan ia terus menjadi tular. Menurut mangsa, ketika mendapati ayamnya masih berdarah, dia meminta pekerja di restoran menukarnya kepada yang baru.

Namun sebaik dapat yang baru, ia tetap sama iaitu masih berdarah dan berbuih-buih seolah-olah tidak dimasak sempurna.

Katanya lagi dia begitu kecewa kerana dia membayar harga ayam tersebut dan bukannya percuma. Rata-rata netizen turut bersimpati dan menyarankan dia membuat aduan secara terus di laman Facebook makanan segera berkenaan.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama mengenai makanan segera di restoran segera 24 jam ini.

Sebagai pengguna, anda ada hak untuk membuat aduan tetapi biarlah pada saluran yang betul agar setiap aduan itu sampai terus kepada pihak yang dituju.-KLICK.MY

Sumber: Forum Cari, Penang Kini