Sensasi Terkini Viral

Jijik Dan Meloyakan, Pesan Kari Ketam Namun Dapat Kari Cicak

Cerita jijik mengenai makanan yang disediakan di restoran sering kali terjadi. Namun, masih ramai yang gemar makan di luar tanpa menyelidik terlebih dahulu tahap kebersihan premis yang dikunjungi.

Haiwan jijik seperti lipas dan tikus sering kali didapati merayap di restoran kerana di situ adalah syurga makanan buat mereka. Jika tidak dipantau kebersihan maka kes keracunan makanan tak mustahil boleh berlaku.

Terbaharu, seorang pelanggan wanita bernama Shantini telah berkongsi pengalaman pahitnya hampir termakan ‘kari cicak’ di sebuah restoran di Puchong.

Menurut Shantini tindakannya berkongsi pengalaman tersebut di Facebook adalah untuk memberi peringatan.

Namun tanpa disangka perkongsian Shantini ini telah menjadi tular dan rata-rata netizen mengecam restoran tersebut.

Ceritanya bermula apabila dia mahu makan tengahari di kedai tersebut. Dia memesan kari ketam namun apa yang memeranjatkan, dia terjumpa seekor bangkai cicak dalam kuah kari yang dipesannya.

Berasa jijik dan loya, lantas dia mengadu kepada pekerja yang bertugas. Malangnya, kakitangan restoran tersebut langsung tidak meminta maaf.

“Mungkin selama ini kari ketam mereka sangat sedap disebabkan ‘bahan rahsia’ ini’,” tulisnya di Facebook.

Tambah Shantini, dia berharap penguatkuasa mengambil tindakan terhadap restoran tersebut.

Kesimpulannya, penemuan cicak tersebut memberi bayangan bahawa restoran ini tidak bersih. Jadi, tepuk dada tanya selera. –KLICK.MY

Tag