Hiburan Sensasi Terkini

Jihan Muse Bekerja Sambil Bercuti Bersama Suami Di Cannes

Wah, seronoknya tengok gambar-gambar yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara popular, Jihan Muse di Instagramnya!

Kalau anda nak tahu, Jihan sekarang ini tiada di Malaysia sebaliknya berada di luar negara kerana tuntutan kerja di samping bercuti.

Dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Biniku Ninja untuk tayangan Ramadan nanti di Cannes, Perancis.

Melalui kepsyen dan hastag di Instagram, nampak gayanya dia bekerja sambil bercuti. Malah, suaminya Ungku Hariz turut menemaninya di sana. Wah, romantik sungguh mereka berdua di sana!

Selain Jihan dan Ungku Hariz kelihatan juga beberapa pelakon lain yang terlibat dengan penggambaran drama bersiri ini. Malah, kelibat Mark Adam juga kelihatan berada di sana.

Tak sabar rasanya nak tengok drama yang diadaptasi dari novel karya Azian Andi ini. Agak-agaknya apalah yang dimaksudkan Biniku Ninja itu.-KLICK.MY