Hiburan Sensasi Viral

Jep Syukur Sari Yanti Terbuka Hati Bertudung, Doa Isteri Istiqamah

Suami mana yang tidak gembira sekiranya isteri kesayangan ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan lebih-lebih lagi jika ia datang dari hati yang ikhlas tanpa paksaan sesiapa.

Pelawak Jep Sepahtu memberi `hint’  yang isterinya Sari Yanti kini telah terbuka hati untuk berhijab dengan memuat naik gambar Sari Yanti bertudung di laman Instagram miliknya.

Jep turut berterima kasih kepada Sari Yanti dan melahirkan rasa syukur, selain turut berharap isterinya istiqomah dengan imej itu.

Sememangnya Sari Yanti kelihatan sungguh manis dan berseri-seri memakai hijab.

Ramai netizen turut bergembira dengan perkembangan itu dan mendoakan kebaikan buatnya dan Jep.

Tidak kurang juga memuji-muji Jep yang dikatakan pandai mendidik isteri ke arah kebaikan.

Semoga Sari Yanti terus kekal dengan imej manis ini dan rumahtangga mereka kekal bahagia serta diredai Allah. –KLICK.MY