Semasa

Jejaka Melayu Fasih Berbahasa Korea Tarik Perhatian

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” Jejaka kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini, berjaya mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Membuka mata ‘Oppa‘ bermata sepet dengan budaya, citra serta tarikan menarik di Malaysia.

Tinggal di Korea selama 9 tahun menjadikan Muhamad Khalid bin Ismail 29 tahun, begitu fasih bertutur malah boleh bergurau dalam bahasa Korea. Nah, tengok anak-anak muda, generasi beginilah yang dimahukan, bukan sekadar membuta tuli mengagungkan artis Korea tanpa memberi dampak kepada Negara.

Video daripada sebuah rancangan Realiti TV Korea Abnormal Summit berjaya mengetengahkan Malaysia yang penuh dengan perayaan, budaya, sejarah, tempat menarik juga makanan identiti Malaysia ‘Nasi Lemak’ dan ‘Teh Tarik’.

Malah kita semua rakyat Malaysia dicemburui kerana mempunyai cuti tahunan yang banyak berbanding negara lain, alangkah beruntungnya menjadi warganegara Malaysia.-KLICK.MY