Hiburan Terkini

Janna Nick ‘Sound’ Pekerja Butik Lelaki Datang Masa Tukar Baju

LAZIMNYA sebagai selebriti popular, pelakon dan penyanyi Janna Nick sudah terbiasa dengan kehidupan yang sering menjadi tumpuan peminat walau di mana-mana sahaja dia berada.

Di sebalik kehidupan glamor, aktres itu terkilan terhadap satu insiden yang berlaku di sebuah butik baru-baru ini.

Ketika Janna sedang menukar baju di bilik persalinan butik ternama berkenaan, pekerja di sana (yang mungkin peminat) menjerit memanggil namanya berkali-kali dengan gaya mengejek.

“Masa saya tengah mencuba pakaian ada suara (mungkin dua lelaki) menjerit, “Kak Janna, Kak Janna, Kak Janna, dahla tu tukar baju, lamanya tukar baju, Hahahaha!! Kak Janna! Hai Kak Janna!!”

“Saya rasa tak happy, kurang adab. Saya tak minta layanan sebagai selebriti pun tapi sebagai manusia biasa, saya orang yang mudah. Saya mintak hormati saya. Memang kita tak boleh minta orang bagi hormat tapi awak sebagai staf kena tahu etika bekerja.

“Saya pun tak bagus bekerja tapi kalau lelaki datang ke bilik persalinan ejek-ejek orang macam tu memang tak elok kot,’’ ujarnya.

Menurut Janna, selepas keluar dari bilik persalinan dia ingin berjumpa dua lelaki tersebut namun mereka sudah tiada.

“Saya tak dapat jumpa awak bila saya keluar awak dah tiada di situ, sebab awak tahu Sakinah sudah panggil awak dan bertanyakan pengurus mengenai awak.

“Kenapa awak hilang, kalau betul nak jumpa Janna Nick, bila saya keluar awak carilah saya,’’ katanya lagi.

Pelakon Coffee Prince itu menegaskan dia tidak marah cuma menasihati pekerja tersebut agar perkara sama tidak dilakukan kepada orang lain selepas ini kerana mungkin jika kena pada orang yang ‘salah’ pasti pekerja itu mengalami masalah.

Dengar luahan hati Janna di bawah:

Kepada peminat tersebut, kalau pun teruja sangat dapat jumpa Janna depan mata, janganlah sampai keterlaluan hingga hilang hormat dan adab sopan pula. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen