Hiburan Sensasi

Janna Nick Mohon Maaf Berpakaian Ketat Dalam Rancangan Melodi

SETIAP Ahad, pastinya peminat rancangan hiburan Melodi di TV3 terpaku depan televisyen bagi menonton rancangan hiburan berbentuk gossip itu lebih-lebih lagi sekarang pelakon Janna Nick mengacarakan rancangan itu.

Namun semalam, Janna Nick ditegur netizen kerana memakai seluar yang terlalu ketat hingga menampakkan keseluruhan bentuk pahanya.

Rata-rata berpendapat setiap pengacara televisyen perlu menjaga adab berpakaian lebih-lebih lagi program tersebut adalah untuk tontonan umum.

Ramai peminat memberikan nasihat untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan tampil lebih sopan.

Berikutan isu tersebut, Janna memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf tentang cara pemakaiannya itu menerusi Insta Stories.

Menurut Janna, pembantu peribadinya terpaksa meminta Janna untuk memakai seluar tersebut kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan baju yang dipakai oleh Janna ketika itu.

Tambah Janna lagi, dia menerima baik teguran dari peminat dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. –KLICK.MY