Semasa

“Jangan Nakal-Nakal Lagi”-Pesan Rafizi Ramli Kepada Jamal Yunos

AKHIRNYA Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berjaya diberkas dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang.

Jamal yang mengenakan pakaian serba hitam tiba pada pukul 3.57 petang semalam dan dibawa ke lokap untuk memberikan keterangan.

Pemimpin Gerakan Baju Merah Malaysia itu dijangka didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan di mahkamat tersebut.

Jamal sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lalu.

Dia mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan permohonan Jamal untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menitipkan tiga pesanan buat Jamal untuk tinggal di dalam penjara.

Pesanan Rafizi yang dimuat naik di Twitter itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, terutamanya mengenai nasihatnya tentang reman.

“Nasihat kepada Datuk Jamal dalam lokap:

1) Jangan terkejut, air selalu tak ada. Beg plastik minuman jangan buang, itu boleh guna untuk simpan air.

2) Jangan sedih sangat, 2-3 hari nanti bila reman habis mahkamah akan bebas.

3) Sebaiknya ada benda yang boleh dibaca. Buku ke, nanti bosan.

Jangan nakal-nakal lagi,” tulis Rafizi di laman Twitter miliknya.

Berikutan pengakapan Jamal, ramai netizen menganggap ia adalah hukum ‘karma’ buatnya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.