Hiburan Sensasi

“Jangan Hisap Dadah, Nanti Jadi Bodoh”- Taj Hentam Farid Kamil?

KES jenayah dadah melibatkan pelakon Farid Kamil masih berjalan di mahkamah namun umum mengetahui selain kes itu, Farid turut membuat laporan polis menuduh tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Antara yang dituduh adalah Taj Innuendo atau Taj Addin, penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu Belaian Jiwa sekitar pertengahan 90-an.

Semalam di Facebook, Taj memuat naik status panjang lebar seolah-olah menghentam Farid berhubung kes tersebut.

Memang pedas juga kata-kata Taj ini, tetapi kalau kita tak semena-mena dilibatkan dalam kes jenayah yang tidak kita lakukan, kita pun pasti akan merasa marah, bukan?

Hikmahnya sekarang masyarakat mengetahui tuduhan dilemparkan Farid kepadanya tidak benar.

Farid telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas.

Sebelum ini, pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.