Hiburan

“Jangan Bimbang, Saya Okay”-Linda Minta Diberi Ruang Untuk Berfikir

BARU-BARU ini penyanyi Linda Rafar diberi tempoh tujuh hari berikutan kes tularnya membabitkan seorang jururawat.

Berkaitan: Notis Tuntutan Mahkamah, Linda Rafar Kena Buat Permohonan Maaf

Setelah beberapa hari, Linda akhirnya membuat kenyataan di Instagramnya menjelaskan dia berada dalam keadaan baik.

Menurut Linda, dia memilih untuk berdiam diri berhubung kontroversi notis permohonan maaf tersebut.

“Kepada pengikut saya, jangan bimbang, saya okay. Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold. (Lebih baik berdiam diri daripada menjadi berani)

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa, prihatin dan memahami serta memberi ruang untuk saya bernafas dan berfikir,” tulisnya yang akan memberitahu setiap perkembangan yang berlaku.

Semoga Linda dapat berfikir dengan sebaik-baiknya dan jadikan kes ini sebagai pengajaran berguna dalam hidupnya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.