Gaya Hidup

Jangan Berani ‘Memondan’ Di Kelantan, Anda Boleh Dipenjara!

ISU mengenai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) masih terus hangat diperkatakan khususnya golongan transgender atau lebih dikenali sebagai mak nyah atau pondan.

Pelbagai cadangan dan saranan oleh kerajaan agar isu ini dapat ditangani secara berhemah dan bijak.

Antara negeri yang paling lantang dan tegas memerangi kegiatan lelaki berkelakuan wanita ini ialah Kelantan.

Menurut Ketua Hakim Syarienya, Datuk Daud Muhammad, tindakan boleh dikenakan termasuk kepada pihak luar yang berkunjung ke negeri itu untuk melakukan kegiatan berkenaan.

Gambar hiasan.

Katanya, Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 memperuntukkan pesalah boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Tidak pasti sama ada negeri lain mempunyai undang-undang begini, namun di Kelantan, kita ada peruntukan yang jelas melarang sesiapa yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam dan mereka boleh didenda dan dipenjara.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah tetapi jangan di tempat awam.

“Ia adalah satu kesalahan serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pentauliahan 31 Peguam Syarie di Jabatan Mahkamah Syariah di Tunjong di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Daud percaya pondan masih wujud di negeri itu berikutan beberapa faktor termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan selain kurang perhatian daripada ibu bapa sejak kecil. –KLICK.MY

Sumber: Harian Metro online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.