Hiburan Sensasi

“Jampi” Hael Husaini Ungguli Anugerah Juara Lagu Ke-32

ANUGERAH Juara Lagu ke-32 (AJL32) menyaksikan 12 finalis berentap di pentas konsert akhir bagi merebut gelaran juara lagu.

Konsert AJL yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pukul 9.00 malam tadi dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad serta dipancarkan secara langsung di TV3.

AJL menjadi perhatian peminat hiburan tanah air kerana anugerah ini menobatkan karya muzik terbaik yang turut diangkat selaku juara lagu selain menampilkan persembahan mantap daripada barisan finalis yang bertanding.

Kesemua persembahan akhir AJL32 diadili oleh tokoh muzik profesional seperti Datuk Ramli Sarip, Helen Yap, Sharon Paul, Edry Hashim, Pak Ngah, Aizat Amdan, Datuk Mokhzani Ismail  dan diketuai komposer terkenal, Azmeer.

Kategori Persembahan Terbaik pula ditentukan berdasarkan undian peminat yang dibuka secara atas talian.

Pemenang Vokal Terbaik membawa pulang wang tunai M12,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop. Manakala bagi Persembahan Terbaik pemenangnya menerima wang tunai RM12,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop.

Pemenang tempat ketiga menerima wang tunai RM20,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop. Manakala Naib Juara membawa pulang wang tunai RM35,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop.

Juara AJL32 pula bakal membolot wang tunai RM50,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop.

AJL kali ini turut menampilkan persembahan hebat artis-artis terkenal pada konsert akhir yang terdiri daripada Stacy, Waris, Awie, Siti Sarah, Datuk A Rahman Hassan dan Datuk Jeffrey Din.

Berikut adalah keputusan senarai pemenang pertandingan AJL32 yang berlangsung pada hari Ahad, 11 Februari 2018:

Persembahan Terbaik: Altimet (Amboi)

Vokal Terbaik: Ernie Zakri & Syamel (Aku Cinta)

Tempat Ketiga: Haqiem Rusli (Tergantung Sepi)

Naib Juara: Azmi Caliph Buskers (Sejati)

Juara: Hael Husaini (Jampi)

–KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen