Hiburan Sensasi Terkini

Jam 3 Pagi, Apa Johan As’Ari Buat Dalam Bilik Aishah Bujang?

Tiba-tiba nama Johan As’Ari kembali menjadi bualan ramai apabila tindakannya datang ke bilik penyanyi Aishah Bujang diperkatakan.

Malah, akibat insiden itu nama Aishah Bujang mula dikenali walaupun sebelum ini ramai yang tidak mengenali bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini.

Menurut Aishah kepada Mstar Online dia mengakui pelakon filem Juvana itu ada datang ke bilik hotelnya pada jam tiga pagi selepas sama-sama menjayakan sebuah acara hiburan di Singapura pada Februari lalu.

Wah, berani sungguh Johan datang ke bilik wanita yang bukan muhrimnya! Namun, dakwa Aishah bukan mereka berdua sahaja di dalam bilik tersebut tetapi ditemani rakan-rakan lain.

Malah, kata Aishah lagi Johan datang untuk berbual-bual sambil berkenalan. Amboi, kalau betul pun nak berkenalan, takkanlah tak boleh tunggu keesokan hari.

Bukan nak tuduh bukan-bukan tetapi kalau boleh elakkanlah perkara sebegini kerana ia boleh mengundang fitnah. Lihat sekarang apa yang berlaku, satu Malaya tahu cerita anda dan pelbagai spekulasi mula berlegar dari mulut ke mulut.-KLICK.MY