Gaya Hidup

Jalur Gemilang Berkibar Di Gaza, Tanda Terima Kasih Rakyat Palestin

KEPUTUSAN tegas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel daripada memasuki negara ini dan menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak mendapat perhatian dunia.

Malah disebabkan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dituduh memiliki sikap antisemitisme yang tebal.

Lain pula di pihak Palestin, mereka gembira dan berterima kasih kepada Malaysia dengan mengibarkan bendera Malaysia Jalur Gemilang beserta sepanduk di Stadium Yarmouk Sabtu lalu ketika satu perlawanan bola sepak berlangsung.

Ia terus dikibarkan di Stadium Palestin yang pernah dibom Israel pada 2006 keesokannya.

“Terima kasih Malaysia kerana menentang normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil ‘Israel’,” kata sepanduk yang mengiringi Jalur Gemilang itu, tanda penghargaan rakyat Palestin kepada ketegasan Malaysia.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran, tindakan itu untuk memperlihatkan kebanggan rakyat Palestin dengan Malaysia.

Selain pengibaran bendera, kata Muslim lagi, rakyat Palestin juga menyatakan sokongan di media sosial melalui tanda pagar #supportMalaysia. –KLICK.MY

Sumber: Malaysia Kini