Hiburan Sensasi Terkini

Jadi Rakan Duet Anggun, Fazura Terima Kritikan Peminat Indonesia

KRITIKAN mengenai mutu suara pelakon yang melebarkan sayap menjadi penyanyi, Fazura bukanlah perkara baru buatnya.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Fazura tetap “melangkah” penuh gaya dalam industri muzik dengan penghasilan single demi single.

Malah, Fazura juga dengan beraninya berduet dengan rakan-rakan dari luar negara termasuk penyanyi terkenal Indonesia, Anggun.

Kedua-dua artis jelita ini berkolaborasi dalam lagu berjudul The Good Is Back. Lagu tersebut telah diperdengarkan kepada umum menerusi laman Youtube Anggun.

Kali ini, bukan sahaja peminat dari Malaysia yang mengkritik tetapi juga dari Indonesia. Mereka berpendapat lagu versi Anggun bersama Rossa lebih sedap didengar.

Mereka juga mempersoalkan mengapa Anggun tidak memilih ramai lagi penyanyi popular yang lain ada, sebagai rakan duet.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dari Indonesia mempertikaikan mutu nyanyian Fazura yang dikatakan kurang “sesuai”.

Namun dalam ramai yang mengkritik, ada juga yang memuji dan merasakan lagu tersebut sedap didengar.

Selera setiap orang berbeza. Terpulang pada diri seseorang bagaimana mereka menikmati sesebuah lagu itu. Apapun tahniah buat Fazura kerana melangkah setapak lagi dalam dunia nyanyian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen