Hiburan Sensasi

Izreen Azminda Mohon Netizen Jangan ‘Serang’ Rita Rudaini Lagi

BARU-BARU ini pelakon Rita Rudaini mendakwa berkecil hati dengan rakan seperjuangannya Izreen Azminda akibat diserang netizen yang mengecamnya gara-gara krisis rumah tangga madu Izreen.

Berkaitan: Dia Tutup Instagram, Saya Pulak Yang Kena Menjawab-Rita Rudaini

Izreen yang menyahaktif sementara akaun Instagram miliknya memohon netizen agar tidak ‘menyerang’ Rita di Iagi di Instagram artis itu kerana hal rumah tangganya tiada kena mengena dengan Rita.

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

“Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

“Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan,” katanya.

Mengenai penamatan kontrak menjadi duta produk kecantikan, Izreen menjelaskan dia bukan digugurkan sebaliknya kontrak berkenaan sudah berakhir.

“Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

“Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi.

Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Bagaimanapun petang semalam Rita memuat naik satu kenyataan berbunyi seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan seseorang, kami tidak pasti ia ditujukan kepada Izreen mahupun pihak lain.

Diharapkan hubungan dua sahabat baik ini kemali jernih seperti dulu. –LUBUKCERITA

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.