Hiburan Sensasi Viral

Izara Aishah Jelaskan Video Dedah ‘Aset’ Kesilapan Lama

Sejak semalam gempar di dunia maya dan hiburan kononnya pelakon jelita, Izara Aishah berpakaian seksi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH3.0) yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam klip video yang tersebar kelihatan Izara memakai baju yang mendedahkan bahagian sisi sehingga menampakkan payu daranya.

Izara sebelum ini pernah dikecam kerana berpakaian seksi lantas meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya, oleh sebab itu netizen seolah-olah tidak dapat menerima apabila ianya berlaku lagi.

Susulan kontroversi yang melanda, Izara segera tampil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya di laman Instagram.

Dia memuat naik kenyataan akhbar daripadanya berkenaan klip video berkenaan. Menurut kekasih kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza ini, apa yang disaksikan dalam kip video itu memang benar dirinya.

Namun, itu adalah video lama dan bukannya ketika majlis ABPBH3.0 baru-baru ini. Malah, video itu juga dirakam sebelum insiden kali pertama dia meminta maaf lagi. Jadi, tidak timbul isu dia melakukan kesilapan dua kali.

Katanya lagi, dia kini sudah belajar daripada kesilapan dan mula berubah sedikit demi sedikit.

Apa-apa pun dia tetap memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengharapkan peminat-peminat dapat memaafkan dirinya.

Justeru, sudah jelas apa yang berlaku – ternyata klip video berkenaan sudah lama dirakam cuma ia baru tersebar. –KLICK.MY