Hiburan Sensasi

Isu Neelofa & The Zouk, Hashtag #boikotneelofa Diwujudkan Netizen

SEPANJANG minggu ini media sosial dihangatkan dengan perdebatan mengenai pelancaran jenama hijab terkemuka Naelofar Hijab yang diadakan di kelab malam terkenal The Zouk, Kuala Lumpur.

Kuasa media sosial terbukti apabila pengikut di Instagram Neelofa berkurangan sebanyak 100,000 dalam masa sehari sahaja selepas pelancaran itu diadakan.

Selain itu pengguna Instagram turut membuka hashtag #boikotneelofa sebagai tanda protes terhadap Naelofar Hijab meskipun turban terbaharu yang dilancarkan Isnin lalu telahpun ‘sold out’ dalam masa dua minit.

Tidak pasti sampai bila isu ini akan kekal menjadi topik perbincangan media sosial. Selalunya apabila timbul isu baharu yang lebih panas orang akan berhenti bercakap mengenainya dan mula bercakap mengenai perkara lain pula.

Apa yang pasti, isu tentang hijab Neelofa dan ‘Zouk’ adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dipadamkan dari sejarah bidang hiburan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.