Selebriti Sensasi Terkini Viral

Isteri Kedua Baru Meninggal, Isteri Pertama Minta Cerai

IBARAT sudah jatuh ditimpa tanggga, begitulah yang dilalui oleh penyanyi lagu ketuhanan Indonesia, Opick.

Opick baru sahaja kehilangan isteri kedua yang dinikahi secara senyap, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono pada 18 Mac lalu selepas dua bulan melahirkan anak.

Kini, rumah tangga yang dibina lebih 16 tahun dengan isteri pertama, Dian Rositaningrum pula tidak dapat diselamatkan selepas mereka membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

Pasangan yang menghadiri sidang pendamaian (mediasi) pada Rabu di Pengadilan Agama Jakarta Timur itu memberitahu, ia merupakan jalan terbaik untuk kebahagiaan masing-masing.

Peguam Dian iaitu Ina Rachman berkata, menerusi mediasi itu pasangan berkenaan bersetuju dengan beberapa syarat termasuk hak penjagaan anak diberikan kepada Dian.

“Alhamdulillah sudah selesai, kedua-dua mahu bercerai dan anak-anak akan berada di bawah penjagaan Dian,” katanya.

Selain itu, dalam persetujuan yang sama, Opick akan membiayai perbelanjaan dan nafkah untuk anak-anak mereka.

Proses perceraian akan berlangsung pada 17 April depan.

Sebelum ini, isteri pertama Opick memfailkan cerai pada awal Mac lalu selepas mereka tak lagi tinggal sebumbung. Keputusan tersebut dilakukan kerana kecewa dengan keputusan suaminya berpoligami tanpa izin.

Diana dan Opick berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam anak.

Dalam pada itu, beberapa media Indonesia melaporkan bahawa Opick sebenarnya mempunyai isteri ketiga iaitu Yuliast Mochamad meskipun tiada pihak mahu mengesahkannya.

Wanita itu dikatakan anggota Dewan Perwakilan Rakyat. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.