Hiburan Sensasi Terkini

Isteri Hazama Keguguran?

Penyanyi popular, Hazama telah memuat naik gambarnya di Instagram sedang berada di sisi isteri yang terbaring di katil hospital.


Gambar beserta kapsyen berbunyi antaranya ialah ‘semoga cepat sembuh. Blom ada rezeki kita lg sayang’ menimbulkan tanda tanya peminatnya.

Namun kapsyen tersebut seakan-akan Hazama memberitahu bahawa isterinya keguguran. Rata-rata peminat memohon agar isterinya cepat sembuh dan bersabar.


Kalau betullah isterinya keguguran, kami di sini juga berdoa agar cepat sembuh. Mungkin belum ada rezeki lagi untuk mereka menimang cahaya mata.

Mana tahu selepas ini Allah bagi anak kembar pula. Bak kata Hazama sendiri, Allah sudah ada perancangan yang baik untuk mereka.-KLICK.MY

Tag