Jenayah Terkini Viral

Isteri, Bayi Maut Dihentak Batu Lesung Hingga Terbelah Dua

SELASA lalu penduduk di Brebes, Indonesia dikejutkan dengan pembunuhan seorang wanita dan bayinya yang berusia setahun.

Pembunuhnya sudah dikenal pasti iaitu suami wanita itu sendiri. Tarmuji, 35, didakwa memukul isterinya Koniti, 35, dan anaknya, Dimas Adi dengan batu lesung atau dipanggil cobek oleh masyarakat di sana hingga terbelah dua.

Ketika soal siasat dilakukan, Tarmuji mengakui pada malam sebelumnya, berlaku pertengkaran antara dia dan Koniti.

Mereka kemudian tidur bersama sebelum Tarmuji tiba-tiba terbangun. Dalam keadaan sedar dia mengambil batu lesung dan memukul si isteri yang sedang tidur hingga mati.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya memenggal kepala anaknya yang tidur di sebelah si ibu yang sudah tidak bernyawa.

Walaupun Tarmuji dikenali sebagai pemabuk, dia mengaku melakukan tindakan kejam itu dalam keadaan sedar.

Petani warga Desa Luwungragi, Kecamatan Bulakamba itu mengaku memukul isterinya tiga kali sampai batu lesung terbelah dua.

“Saya tak tahu kenapa saya lakukan itu kepada anak saya. Saat itu rasanya saya tak kenal yang itu adalah anak saya,” katanya.

Menurut laporan media di sana, pasangan itu sering bertengkar dipercayai disebabkan masalah kewangan.

Koniti dipercayai kecewa dengan Tarmuji yang hanya memberikannya nafkah sebanyak Rp800,000 (kira-kira RM230) setiap kali musim menuai sedangkan Tarmuji mendapat upah Rp6.3 juta (RM1,810) daripada majikannya.

Polis merampas beberapa barang bukti termasuk baju mangsa, pisau, lesung dan tilam dari lokasi kejadian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.