Hiburan

Ismail Izzani Akui Emosi Terganggu Ekoran Gambar Peluk Zarina

BARU-BARU ini penyanyi remaja, Ismail Izzani terpalit dalam kontroversi apabila gambarnya seakan-akan memeluk pelakon Zarina Ann Joulie tersebar di media sosial.

Berkaitan: Foto Zarina Ann Joulie, Ismail Izzani Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar

Pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya dan netizen turut mempersoalkan apakah hubungannya dengan Zarina yang jauh lebih berusia daripadanya.

Sebagai selebriti yang dikenali ramai, pastinya kontoversi tersebut memberi kesan bukan sahaja pada kerjayanya tetapi juga emosi.

mStar Online dalam laporannya menyatakan Ismail mengakui emosinya terganggu gara-gara penyebaran gambar tersebut.

Dia mengalami kesukaran untuk tidur malam dan hidupnya tidak tenteram memikirkan isu itu.

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.

“Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam,” katanya.

Selain itu, Ismail juga menyedari dia telah mengecewakan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia serta menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran berguna buatnya.

“Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.

“Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.

“Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul,” ujarnya.

Ismail juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktunya kelak. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.