Hiburan Sensasi Terkini

Inul Daratista Didakwa Menghina Ulama

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dangdut dari seberang ini, Inul Daratista. Penyanyi yang terkenal dengan goyang gerudinya mencetuskan kontroversi baru-baru ini kerana dikatakan telah menghina ulama.

Malah sebuah pertubuhan di sana telah membuat laporan polis atas penyanyi ini. Segalanya bermula apabila Inul memuat naik komen di Instagram tentang orang memakai serban melakukan perbuatan tidak bermoral.

Kenyataan itu telah mencemarkan maruah ulama yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat Islam.

Sebelum ini, pelantun lagu Kocok Kocok ini terpalit kontroversi apabila memuat naik sekeping gambar bersama Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok ketika sesi uji bakat sebuah program realiti.

Pada kapsyen imej berkenaan, Inul menulis sesuatu berbaur rasis sekali gus mengundang kemarahan dan mencetuskan ‘perang’ antara Inul dan netizen.

Rentetan kejadian ini menyebabkan ramai yang memboikotnya dan tak kurang juga yang terus menyokongnya. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.-KLICK.MY